mp3

Salam

Friday, November 27, 2009

KEDAI MAMAK

Just for ur info, this mail was sent by my friend.....

Pada 29 April yang lepas, jam 9.30 pm, saya dan 2 org kwn (cikin, ita) plus kawan ita namanya Syazwan nak buat satu 'test-to-confirm' kat satu 'restoran mamak' - kami pilih Restoran Azhaar Maju di Taman Jeti Jaya, Penang. Budak Frank ni jenis daring, joker, dare to prove something. Dia kata pada saya, "Kalau u nak tahu, jom kita singgah satu kedai mamak and see what I'll ask". All right, pendekkan cerita, this was what transpired:-

Frank : "Ini kedai halal ka?"
Restaurant Attendant : Ya la, Itu awak tengok sana, itu Koran (tunjuk tulisan Qur'an, Allah, Muhammad di dinding restoran)
S : "Awak muslim ke?"
R.A : "Ya!" (dengan gaya confidence - 101%)
S : "Mengucap tengok!"
R.A : "Ahh?"
S : "Mengucap la, aii takkan tak tau!"
R.A : "Apa itu?"
S : " Dua kalimah syahadah, itu syahadah awak cakap saya mau dengar!"
R.A : (Start panicking... )
S : "Ei, awak kata Islam, takkan sebut syahadah pun awak tak tau!"
R.A : (truly panic, looked scared also)
S : "Oh, awak tipu sama saya, aah"
R.A : (Dia pegang bawah lengan Syazwan dan berkata) "Jangan buat ini macam laa...."

Pendekkan insiden perbualan sampai sini...

Yang obvious dia tanya order makan apa minum apa sampai 3 -4 kali, yes, 3 - 4 kali sebab dia lupa kerana dia resah, gementar dan gelabah. Padahal kita orang order milo ais, teh o ais (2) dan ais kosong saja. Kita org tak order makan pun (langsung jadi tak lalu nak makan dah), dia ulang-ulang tanya sebab memang betol dia gabra...

Menurut kata si Syazwan ni (S), 90 % 'restoran mamak' di Sekitar Penang yang dia dah test / checked satu persatu dgn method tu, Hindu belaka pekerjanya! Macam2 style depa pusing2 cakap, panggil member lain lah, buat2 tak paham cakap lah, tapi dek kerana kepandaian si budak ni, semua kantoi belaka simple test yang dilakukan. Kalau yang ade Muslim dikalangan pekerjanya, pun terlalu sedikit nisbahnya - sorang dua sahaja, yang didapor memasak tentu jadi tanda soal. Dia bercerita in fact pernah sengaja masuk ke dapor dan jengok/perhati, dan ada restoran mamak dia nampak sendiri ada patong Hindu yang
disembah dibilik belakang! (Kat luar sana ayat Qur'an digantong!).

So macamana ni? Boleh ke? Pada pandangan individu saya, kalau yang serve / masak makanan yang you makan tu bukan orang Islam, hakikat sebenarnya ape peduli dia barang yang you makan tu, halal ke, tak berapa halal ke, haram ke. Soal bersih kotor penyediaan makanan itu saya tak nak komen, bukan point perbincangannya disini. Kalau bukan isu halal haram pun lah, ada satu perkara lagi yang perlu kita ambil peduli iaitu mengenai hal air tangan spt di artikel yang saya pernah forward to some of you earlier.

Bayangkan, berapa ramai orang kita makan di kedai, dan 'restoran mamak' memang popular! Kira satu Malaysia tengok, berapa ratus (maybe ribu?) restoran ada, berapa juta orang Melayu ada, berapa banyak tahun dah berlalu. Saya sendiri dah bertahun-tahun balun roti canai dan toseh di restoran-restoran sedemikian.

Lepas insiden tu, saya akan lebih memilih dan berhati2 tempat mana nak makan. Saya bukan anti 'restoran mamak' atau nak tiup sentimen (perkauman), tapi kita mesti ambil berat bukan setakat apa yang kita makan tetapi siapa yang menyediakan makanan kita.

Saudara / Saudari pulak try kali ni, esok masuk 'restoran mamak' jgn lupa test pelayan tu suruh dia mengucap tengok!

0 comments:

Post a Comment